Alhamdulillah..
Akhirnya, HaleyRay Natural Homemade Foaming Facial Cleanser telah berjaya berada di pasaran. Ramai yang bertanya tentang kelebihan HaleyRay Natural Homemade Foaming Facial Cleanser ini berbanding produk pembersih muka yang lain.
Kelebihan HaleyRay Natural Homemade Foaming Facial Cleanser adalah:
1) Penggunaan minyak zaitun sebagai bahan utama
Minyak zaitun telah digunakan dengan meluas sejak dari awal penghasilan sabun secara tradisional bermula di Sepanyol. Sabun yang berasaskan minyak zaitun adalah lebih lembut berbanding sabun lain dengan penghasilan buih yang sedikit tetapi masih mempunyai kuasa membersih yang baik. Ramai yang menyangkakan bahawa 'lebih banyak buih adalah lebih baik'. Namun begitu, jika buih dihasilkan dengan lebih banyak, lembapan semulajadi kulit juga akan turut 'dibersihkan'. Jika lembapan semulajadi kulit hilang, kulit akan menjadi kering seterusnya menghasilkan rembesan minyak yang lebih banyak daripada yang sepatutnya dan menyebabkan kulit berminyak.
Oleh itu, pemilihan HaleyRay Natural Homemade Foaming Facial Cleanser yang berasaskan minyak zaitun adalah pilihan yang tepat kerana selain daripada membersihkan kotoran, ia juga lembut pada wajah tanpa menghilangkan lembapan semulajadi kulit.
2) Penggunaan garam laut sebagai bahan tambahan
Garam laut merupakan detoxifier semulajadi yang menyerap toksin daripada kulit. Garam laut juga berfungsi sebagai antibakteria dan mempunyai kesan antiseptik yang mampu menghalang membiakan bakteria yang menjadi punca jerawat.
Dengan menggunakan HaleyRay Natural Homemade Foaming Facial Cleanser, anda tidak perlu lagi membuat pes garam di rumah untuk rawatan kulit wajah.
3) Menggunakan hanya bahan-bahan semulajadi
HaleyRay Natural Homemade Foaming Facial Cleanser menggunakan hanya bahan-bahan semulajadi yang selamat pada kulit. Kebanyakan pembersih muka mengandungi agen pembuih seperti sodium lauryl sulphate dan sodium laureth sulphate yang 'keras' pada kulit wajah.
4) Tidak menggunakan sumber haiwan
Sesetengah pembersih muka menggunakan sumber haiwan yang kita tidak sedari. Contohnya gliserin. Gliserin merupakan bahan sampingan yang terhasil daripada sama ada sumber haiwan atau tumbuhan. Jarang didapati gliserin dilabelkan daripada sumber yang mana kerana kebiasaannya ia hanya dilabelkan sebagai 'gliserin'. Ada juga sesetengah sabun gliserin mempunyai sodium tallowate dalam salah satu bahannya. Sodium tallowate adalah terhasil daripada lemak lembu.
Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya anda tahu gliserin anda datang dari sumber yang mana. HaleyRay Natural Homemade Foaming Facial Cleanser menggunakan hanya gliserin daripada tumbuhan.
Diharapkan informasi ini dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk membuat pilihan :)
HaleyRay Natural Homemade Foaming Facial Cleanser
RM 25
RM 10 (postage)
Whatsapp 017-3214917
DAPATKANNYA SEKARANG!
Follow kami di:
Instagram: haleyraybeauty
FB Page: NaturaLiving Homemade Skincare


No comments:
Post a Comment