Tuesday, 21 March 2017

HaleyRay Natural Homemade Foaming Facial Cleanser

Alhamdulillah..

Akhirnya, HaleyRay Natural Homemade Foaming Facial Cleanser telah berjaya berada di pasaran. Ramai yang bertanya tentang kelebihan HaleyRay Natural Homemade Foaming Facial Cleanser ini berbanding produk pembersih muka yang lain.



Kelebihan HaleyRay Natural Homemade Foaming Facial Cleanser adalah:

1) Penggunaan minyak zaitun sebagai bahan utama

Minyak zaitun telah digunakan dengan meluas sejak dari awal penghasilan sabun secara tradisional bermula di Sepanyol. Sabun yang berasaskan minyak zaitun adalah lebih lembut berbanding sabun lain dengan penghasilan buih yang sedikit tetapi masih mempunyai kuasa membersih yang baik. Ramai yang menyangkakan bahawa 'lebih banyak buih adalah lebih baik'. Namun begitu, jika buih dihasilkan dengan lebih banyak, lembapan semulajadi kulit juga akan turut 'dibersihkan'. Jika lembapan semulajadi kulit hilang, kulit akan menjadi kering seterusnya menghasilkan rembesan minyak yang lebih banyak daripada yang sepatutnya dan menyebabkan kulit berminyak.

Oleh itu, pemilihan HaleyRay Natural Homemade Foaming Facial Cleanser yang berasaskan minyak zaitun adalah pilihan yang tepat kerana selain daripada membersihkan kotoran, ia juga lembut pada wajah tanpa menghilangkan lembapan semulajadi kulit.

2) Penggunaan garam laut sebagai bahan tambahan

Garam laut merupakan detoxifier semulajadi yang menyerap toksin daripada kulit. Garam laut juga berfungsi sebagai antibakteria dan mempunyai kesan antiseptik yang mampu menghalang membiakan bakteria yang menjadi punca jerawat.

Dengan menggunakan HaleyRay Natural Homemade Foaming Facial Cleanser, anda tidak perlu lagi membuat pes garam di rumah untuk rawatan kulit wajah.

3) Menggunakan hanya bahan-bahan semulajadi

HaleyRay Natural Homemade Foaming Facial Cleanser menggunakan hanya bahan-bahan semulajadi yang selamat pada kulit. Kebanyakan pembersih muka mengandungi agen pembuih seperti sodium lauryl sulphate dan sodium laureth sulphate yang 'keras' pada kulit wajah. 

4) Tidak menggunakan sumber haiwan

Sesetengah pembersih muka menggunakan sumber haiwan yang kita tidak sedari. Contohnya gliserin. Gliserin merupakan bahan sampingan yang terhasil daripada sama ada sumber haiwan atau tumbuhan. Jarang didapati gliserin dilabelkan daripada sumber yang mana kerana kebiasaannya ia hanya dilabelkan sebagai 'gliserin'. Ada juga sesetengah sabun gliserin mempunyai sodium tallowate dalam salah satu bahannya. Sodium tallowate adalah terhasil daripada lemak lembu.

Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya anda tahu gliserin anda datang dari sumber yang mana. HaleyRay Natural Homemade Foaming Facial Cleanser menggunakan hanya gliserin daripada tumbuhan.


Diharapkan informasi ini dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk membuat pilihan :)



HaleyRay Natural Homemade Foaming Facial Cleanser
RM 25
RM 10 (postage)
Whatsapp 017-3214917

DAPATKANNYA SEKARANG!


Follow kami di:
Instagram: haleyraybeauty
FB Page: NaturaLiving Homemade Skincare



Wednesday, 9 July 2014

Manfaat Tomato

Manfaat Tomato



Tomato memang sedap dimakan mentah, terutamanya tomato ceri.. tapi ramai juga orang tak suka. So, penyelesaiannya, makan la tomato dengan benda yang sedap. Contohnya campur dalam salad ke.. makan dengan asam ke.. takpun mayonis. Thousand island sauce atau tartar sauce pun sedap juga. Sebabnya tomato memang baik untuk kesihatan, terutamanya yang mentah.

Kebaikan tomato ini datangnya dari warna merahnya. Warna merah tomato adalah disebabkan kehadiran lycopene. Lycopene adalah carotene dan pigmen carotenoid yang boleh didapati dalam buah-buahan atau sayuran merah seperti tembikai, betik, lobak merah, tetapi tidak terdapat pada strawberi dan ceri. Makanan yang ada lycopene ni boleh kurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.


Selain itu tomato juga mengandungi fiber atau serat yang bagus untuk penghadaman dan kaya dengan antioksida. Kebaikan2 antioksida adalah:

* Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
* Melancarkan perjalanan darah
* Menghalang pembengkakan dan keradangan
* Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
* Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah

Tomato juga baik untuk kulit. Untuk mendapatkan kulit yang halus dan menawan, amalkan memakan tomato setiap hari, sekurang-kurangnya sebiji. InsyaAllah..

-artikel dari http://www.haley-greenhorizon.blogspot.com/2011/04/khasiat-tomato.html


NaturaLiving Homemade Soap berasaskan bahan-bahan semulajadi yang baik untuk kulit anda
SMS/Whatsapp 017-3214917
Like kami di Facebook : NaturaLiving

Manfaat Rumpai Laut

Rumpai Laut



Bagi sesetengah individu, rumpai laut hanyalah ‘sampah laut’ yang sering didapati terdampar di pantai. Ada juga yang menjadikannya hidangan alternatif yang menyelerakan jika dicampurkan bersama bahan-bahan masakan lain. 
Dalam bidang kecantikan, produk berasaskan rumpai laut popular di kalangan individu yang gemarkan rawatan semulajadi. Ini kerana rumpai laut yang kaya dengan vitamin dan mineral dikatakan baik untuk kulit. 

Kebaikan Rumpai Laut Pada Kulit
Menurut Akademi Dermatologi Amerika, jerawat disebabkan oleh pengeluaran sebum, atau minyak, yang menghalang kulit daripada mengering. Jerawat menyebabkan keradangan kulit dan menyebabkan pori tersumbat. Ini menyebabkan berlakunya bintik hitam, bintik putih, dan jerawat batu. Rumpai laut membantu mengurangkan keradangan jerawat dan membersihkan kulit dengan lebih baik.

Rumpai laut, apabila digunakan untuk badan, menarik bendalir dan bahan buangan yang berlebihan dari kulit. Ia juga bertindak sebagai pembersih untuk sel-sel kulit mati dan kekotoran lain di permukaan kulit. Rumpai laut juga kaya dengan iodin, yang boleh membantu meningkatkan fungsi tiroid. Kelenjar tiroid menghasilkan asid amino yang menyerap iodin dan ia juga menghasilkan bahan kimia metabolisme-mengawal selia dalam aliran darah seterusnya meremajakan kulit.

-artikel dari livestrong.com



NaturaLiving Homemade Soap berasaskan bahan-bahan semulajadi yang baik untuk kulit anda
SMS/Whatsapp 017-3214917
Like kami di Facebook : NaturaLiving

Manfaat Tanaka pada Kulit

Tanaka (Thanakha)



Tanaka merupakan kosmetik tradisional sangat popular di Myanmar. Dikatakan tanaka telah digunakan sejak lebih dari 2000 tahun lagi. Tanaka merupakan kayu dari spesies Murraya spp. dan 
Limonia acidissima. Kayu dikisar atau diasah untuk dijadikan serbuk dan ‘paste’ kemudian dicampurkan dengan air sebelum digunakan. Penggunaannya lebih kurang seperti bedak sejuk di Malaysia. Tanaka mempunyai bau seakan-akan cendana dan kadangkala dicampurkan dengan wangian lain seperti limau dan bunga-bungaan. 

Kebaikan Tanaka pada Kulit

Tanaka mengandungi agen pemutih semulajadi dan agen anti-kulat. Ia membantu mengurangkan jerawat, mengurangkan minyak, mencerahkan dan menghaluskan kulit. Ia juga memberikan sensasi penyejukan pada kulit dan membantu merawat kesan selaran matahari.

-artikel dari Wikipedia


NaturaLiving Homemade Soap berasaskan bahan-bahan semulajadi yang baik untuk kulit anda
SMS/Whatsapp 017-3214917
Like kami di Facebook : NaturaLiving

Manfaat Madu Pada Kulit

Manfaat Madu Pada Kulit



Madu memang terkenal di serata dunia. Dikatakan madu yang berkualiti mempunyai hayat selama 3000 tahun jika tidak dicampur dengan bahan lain. Selain sebagai makanan, madu juga boleh digunakan dalam penjagaan kulit harian. Menurut pakar kecantikan Kim Wallace, pengasas kimberlyloc.com, kandungan anti-bakteria dan antioksidan yang terkandung dalam madu memberikan manfaat yang tidak terhingga kepada kulit. 
Antara manfaat madu pada kulit adalah: 

1) Membantu mencegah dan merawat jerawat
2) Membantu memperlahankan penuaan pada kulit
3) Melembabkan kulit
4) Membantu mengurangkan bintik hitam dan bintik putih
DIY Masker Madu
Ratakan lapisan madu yang nipis pada wajah dan biarkan selama lebih kurang 30 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Anda akan dapati kulit wajah menjadi lebih lembut, bersih, dan lebih lembab.

-artikel dari Sheknows.com


NaturaLiving Homemade Soap berasaskan bahan-bahan semulajadi yang baik untuk kulit anda
SMS/Whatsapp 017-3214917
Like kami di Facebook : NaturaLiving

Manfaat Coklat Pada Kulit

Manfaat Coklat Pada Kulit




Coklat merupakan pemanis mulut yang sangat popular. Mengandungi pelbagai manfaat pada kesihatan dalaman, coklat juga bermanfaat jika digunakan secara langsung pada permukaan kulit. Antara manfaat coklat adalah:

1) Mempunyai antioksidan yang tinggi yang boleh mengekalkan keremajaan kulit.
2) Membantu merawat kerosakan kulit akibat daripada selaran matahari dan boleh membantu menghalang bahaya sinar ultra-ungu
3) Merupakan penyahtoksin yang baik dan membantu menyingkirkan sel-sel mati di permukaan kulit dan seterusnya menjadikan kulit lebih bersih, segar, dan berseri

-artikel dari Stylecraze.com


NaturaLiving Homemade Soap berasaskan bahan-bahan semulajadi yang baik untuk kulit anda
SMS/Whatsapp 017-3214917
Like kami di Facebook : NaturaLiving

Manfaat Kayu Manis

Manfaat Kayu Manis





Kayu manis merupakan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Tahukah anda, kayu manis juga boleh digunakan di permukaan kulit? Penggunaan kayu manis secara terus di permukaan kulit hendaklah pada kadar yang tepat dan betul.

Sebuah artikel di organicfacts.net melaporkan bahawa kayu manis boleh digunakan untuk membantu mengeringkan jerawat dan melegakan kulit kepala gatal. Untuk tujuan ini serbuk kayu manis hendaklah dicampurkan dengan minyak seperti minyak zaitun atau jeli petroleum. Kayu manis juga boleh ‘memugil’kan lagi bibir dengan mencampurkan sedikit serbuk kayu manis ke dalam lip gloss anda.

Menurut sebuah artikel dari Earth Clinic.com, kayu manis juga boleh merawat ekzema. Untuk tujuan ini, satu sudu kecil serbuk kayu manis dicampurkan dengan satu kecil sudu madu dan ratakan pada kawasan kulit yang terjejas. Namun begitu, kaedah ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Kayu manis boleh membantu menghilangkan jerawat muka dan jerawat badan. Campurkan 3 sudu besar madu dengan 1 sudu besar serbuk kayu manis dan ratakan pada kawasan kulit yang terjejas. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam. Jauhi kawasan mata. Gunakan seminggu sekali.

-artikel dari Livestrong.com


NaturaLiving Homemade Soap berasaskan bahan-bahan semulajadi yang baik untuk kulit anda
SMS/Whatsapp 017-3214917
Like kami di Facebook : NaturaLiving