Bagi sesetengah individu, rumpai laut hanyalah ‘sampah laut’ yang sering didapati terdampar di pantai. Ada juga yang menjadikannya hidangan alternatif yang menyelerakan jika dicampurkan bersama bahan-bahan masakan lain.
Dalam bidang kecantikan, produk berasaskan rumpai laut popular di kalangan individu yang gemarkan rawatan semulajadi. Ini kerana rumpai laut yang kaya dengan vitamin dan mineral dikatakan baik untuk kulit.
Kebaikan Rumpai Laut Pada Kulit
Menurut Akademi Dermatologi Amerika, jerawat disebabkan oleh pengeluaran sebum, atau minyak, yang menghalang kulit daripada mengering. Jerawat menyebabkan keradangan kulit dan menyebabkan pori tersumbat. Ini menyebabkan berlakunya bintik hitam, bintik putih, dan jerawat batu. Rumpai laut membantu mengurangkan keradangan jerawat dan membersihkan kulit dengan lebih baik.
Rumpai laut, apabila digunakan untuk badan, menarik bendalir dan bahan buangan yang berlebihan dari kulit. Ia juga bertindak sebagai pembersih untuk sel-sel kulit mati dan kekotoran lain di permukaan kulit. Rumpai laut juga kaya dengan iodin, yang boleh membantu meningkatkan fungsi tiroid. Kelenjar tiroid menghasilkan asid amino yang menyerap iodin dan ia juga menghasilkan bahan kimia metabolisme-mengawal selia dalam aliran darah seterusnya meremajakan kulit.
NaturaLiving Homemade Soap berasaskan bahan-bahan semulajadi yang baik untuk kulit anda
SMS/Whatsapp 017-3214917
Like kami di Facebook : NaturaLiving

No comments:
Post a Comment