Kayu manis merupakan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Tahukah anda, kayu manis juga boleh digunakan di permukaan kulit? Penggunaan kayu manis secara terus di permukaan kulit hendaklah pada kadar yang tepat dan betul.
Sebuah artikel di organicfacts.net melaporkan bahawa kayu manis boleh digunakan untuk membantu mengeringkan jerawat dan melegakan kulit kepala gatal. Untuk tujuan ini serbuk kayu manis hendaklah dicampurkan dengan minyak seperti minyak zaitun atau jeli petroleum. Kayu manis juga boleh ‘memugil’kan lagi bibir dengan mencampurkan sedikit serbuk kayu manis ke dalam lip gloss anda.
Menurut sebuah artikel dari Earth Clinic.com, kayu manis juga boleh merawat ekzema. Untuk tujuan ini, satu sudu kecil serbuk kayu manis dicampurkan dengan satu kecil sudu madu dan ratakan pada kawasan kulit yang terjejas. Namun begitu, kaedah ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Kayu manis boleh membantu menghilangkan jerawat muka dan jerawat badan. Campurkan 3 sudu besar madu dengan 1 sudu besar serbuk kayu manis dan ratakan pada kawasan kulit yang terjejas. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam. Jauhi kawasan mata. Gunakan seminggu sekali.
-artikel dari Livestrong.com
NaturaLiving Homemade Soap berasaskan bahan-bahan semulajadi yang baik untuk kulit anda
SMS/Whatsapp 017-3214917
Like kami di Facebook : NaturaLiving

No comments:
Post a Comment